PUCHONG PERDANA GROUP

Berwarna putih kristal dan diperbuat dari bahan – bahan berasaskan petroleum.Kelebihan baja ini adalah membekalkan nitrogen dengan kadar tinggi kepada pokok sawit.Dengan ini daun pokok sawit akan menjadi hijau.

  • N (46%) : Fotosintesis dan protein untuk pembetukan buah

Baja phosphate ini mengandungi garam phosphorus yang tinggi.Ia sangat berguna dalam menyuburkan akar umbi pokok.Baja phosphate ini amat sesuai untuk tanaman – tanaman yang baru ditanam.

  • P205 (28%) : Penggalak pertumbuhan pokok di bahagian akar

Baja sebatian ini mengandungi satu pertiga daripada fosfatnya dalam bentuk larut air bukannya larut sitrik biasa.Merupakan baja am untuk sayur – sayuran dan buah – buahan kerana menyediakan nutrien seimbang untuk pertumbuhan dan pengeluaran yang baik.Baja ini juga disyorkan untuk kelapa sawit yang tidak matang di kawasan pantai.

  • N (15%) : Fotosintesis dan protein untuk pembetukan buah.
  • P205 (15%) : Penggalak pertumbuhan pokok di bahagian akar.
  • K (15%) : Meninggikan daya ketahanan pokok.

Kompaun ini juga mengandungi satu pertiga fosfat larut air.Perumusan ini juga sesuai untuk mendapatkan pengeluaran buah – buahan dan sayur – sayuran yang berkualiti dan sangat berkesan untuk benih kelapa sawit di tapak semaian bagi penanaman awal.Selain itu, sesuai digunakan untuk getah yang belum matang dimana kompaun jenis ini membekalkan nitrogen yang mencukupi untuk pertumbuhan.Kompaun ini juga sesuai untuk tanaman koko dan teh.

  • N (15%) : Fotosintesis dan protein untuk pembetukan buah
  • P205 (15%) : Penggalak pertumbuhan pokok di bahagian akar
  • K (6%) : Meninggikan daya ketahanan pokok
  • MgO (4%) : Membina klorofil dan menjana makanan pokok

Kompaun kalium yang tinggi direka untuk K yang tinggi bagi memenuhi keperluan tanaman seperti kelapa sawit,kelapa,koko,pisang,ubi kayu dan nenas.

  • N (12%) : Fotosintesis dan protein untuk pembetukan buah
  • P205 (6%) : Penggalak pertumbuhan pokok di bahagian akar
  • K (22%) : Meninggikan daya ketahanan pokok
  • MgO (3%) : Membina klorofil dan menjana makanan pokok

Muriate of Potashi (MOP) adalah merupakan sejenis baja tunggal berketumpatan tinggi mengandungi K20 atau dikenali sebagai kalium klorida.MOP merupakan baja kalium universal / umum yang sesuai untuk semua tanaman yang toleran terhadap klorida dan dapat diaplikasikan pada semua jenis tanah.MOP berfungsi menguatkan batang,meningkatkan penghasilan bunga dan juga sebagai agen pengangkut glukosa dari dalam tanah.

  • K (60%) : Meningikan daya ketahanan pokok

Penggunaan utama ammonium sulfat adalah sebagai baja untuk tanah alkali. Di dalam tanah, ion ammonium dilepaskan dan membentuk sedikit asid,menurunkan keseimbangan pH tanah, sambil menyumbang nitrogen penting untuk pertumbuhan tumbuhan.Kelemahan utama penggunaan ammonium sulfat ialah kandungan nitrogen yang rendah berbanding dengan ammonium nitrat, yang meningkatkan kos pengangkutan.

  • N (21%) : Fotosintesis dan protein untuk pembetukan buah

Racun dan Input Pertanian

NASAN
  • Membunuh rumput
set-up-dry
  • Membunuh rumput
maslon
  • Membunuh anak kayu
m20
  • Membunuh anak kayu
SIMETHYL
  • Membunuh anak kayu
ENVO CYPER
  • Racun Kumbang Tanduk
legacy
  • Racun anai – anai / semut
butik s
  • Racun tikus
juru
  • Membunuh anak kayu
canyon
  • Membunuh anak kayu